Al-Maidah, dari Ayat 101~110.
101. Hai orang-orang yang
beriman ! janganlah kamu tanya hal-hal yang jika diterangkan kepada kamu, akan
menyusahkan kamu, tetapi jika kamu bertanya dari hal ayat-ayat itu waktu diturunkan
Quran, akan diterangkan nya kepada kamu. Allah maafkan kamu dari kesalahan itu,
kerana Allah itu pengampun, penyabar.
102. Sesungguhnya telah
menanyakan dia satu kaum sebelum kamu, kemudian, jadilah mereka orang-orang kafir
dengan sebab itu.
103. Allah tidak jadikan bahirah
dan tidak saibah dan tidak wadilah dan tidak haram, tetapi
orang-orang kafir itu membuat dusta atas nama Allah, kerana kebanyakan mereka
tidak berfikiran.
104. Dan apabila dikatakan
kepada mereka; “marilah kepada apa yang diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul nya”. Mereka berkata; “cukuplah bagi kami apa-apa
bagi kami dapati bapa-bapa kami atasnya”. Apakah mereka akan turut walau pun
bapa-bapa mereka tidak mengetahui sesuatu dan tidak terpimpin ?
105. Hai orang-orang yang beriman ! jagalah
diri-diri kamu, tidak boleh membahayai kamu kesesatan orang yang sesat, apabila
kamu terpimpin. Kepada Allah lah tempat kembali kamu sekelian, maka ia akan
terangkan kepada kamu balasan bagi apa yang kamu telah kerjakan.
106. Hai orang-orang yang
beriman ! persaksian diantara kamu, apabila seorang daripada kamu hampir mati,
waktu berwasiat, ialah dua oang yang adil dari antara kamu, atau dua orang yang
bukan dari kamu, jika kamu dalam pelayaran lalu bahaya mati hendak mengenai
kamu, kamu tahan dua-dua nya sesudah
sembahayang, lalu dua-dua nya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu;
“kami tidak menjual dia dengan harta, walau pun ia keluarga yang dekat, dan
kami tidak sembunyikan penyaksian kerana Allah, lantaran kalau bagitu,
sesungguhnya adalah kami dari orang-orang yang berdosa”.
107. Lantas apabila
didapati, bahawa mereka berdua berbuat dosa, maka hendaklah ada dua orang lain
yang lebih hampir, dari orang-orang yang diperbuat dosa atasnya itu,
menggantikan mereka berdua, lalu bersumpah dengan nama Allah; “bahawa
persaksian kami lebih patut diterima daripada persaksian mereka berdua, dan
kami tidak melewati batas, kerana kalau bagitu, nescaya adalah kami dari
orang-orang yang zalim”.
108. Yang demikian itu cara yang lebih dekat,
supaya manusia menjadi saksi sebagaimana mestinya, atau supaya mereka takut dikembalikan
sumpah-sumpah mereka sesudah sumpah-sumpah mereka, oleh kerana itu, takutlah
kepada Allah, dan dengarkan lah, kerana Allah tidak memimpin kaum yang pasik.
109. Pada hari Allah akan
kumpulkan Rasul-Rasul nya, lalu ia bertanya; “bagaimana kah kamu diterima ?”
mereka menjawab; “tidak ada pengetahuan bagi kami”. Sesungguhnya engkaulah yang
mengetahui perkara-perkara yang ghaib”.
110. ingatlah tetekala Allah berkata; “hai Isa anak
Mariam ! ingatlah nikmat ku atas mu dan atas ibu mu tetekala aku kuatkan mu
dengan roh al-kudus, engkau
berkata-kata dengan manusia dalam buaian, dan waktu besar mu, dan ingatlah tetekala
aku ajar mu tulisan dan hikmah dan Taurat dan Injil, dan ingatlah tetekala
engkau jadikan, daripada tanah, seperti keadaan burung dengan izin ku lalu
engkau tiup padanya, dan ingatlah waktu engkau menyembohkan orang-orang buta
dan sopak dengan izin ku, dan ingatlah tetakala engkau menghidupkan orang-orang
yang sudah mati dengan izin ku, dan ingatlah tetekala aku menghalangi bani
Israel daripada mu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa
keterangan-keterangan, lantas orang-orang kafir dari antara mereka, berkata;
“ini tidak lain melainkan satu sihir yang terang-terang”.
Sumber dari
[] https://sites.google.com/site/p12jerai/1/1
Following Twitter, [] https://sites.google.com/site/p12jerai/1/1
[]https://twitter.com/FlatCemara2/status/664346829476093953
.